Words ![]() Navigations Footprints Here Applause ![]() Skin Made by Izzaati Aqilah Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti
| Coretan Pendosa
Isnin, 4 Januari 2016 | 7:40 PG | 0 Comment(s)
Kisah coretan seorang pendosa,Dulu.. Aku jahil Dulu Aku kosong Dulu Aku sombong dengan Allah Tapi satu masa hati aku diketuk hidayah. Ya, Hidayah. Allah hadirkan seorang sahabat yang memimpin aku ke syurga. oOh Tuhan, Alangkah beruntungnya aku, mempunyai dia yang memimpinku ke JalanMu... Tetapi, kenapa hanya seketika nikmat itu aku rasa? Kenapa Ya Allah? Aku terlalu menyayanginya Ahhh ! aku rebah sekali lagi :'( Aku hilang punca arah ke mana langkah aku seterusnya lepas ini.. Siapa lagi yang mahu memimpinku? Siapa yang mahu menyedarkan aku tika aku leka dengan nikmat duniawi ini.. Menitis air mataku ;'( Bangkit Aku bangkit tanpa ada tangan yang menghulur Aku bangkit keranaNya Alangkah indahnya Dia memujukku dengan ayat-ayat suciNya.. AllahuAkbar! Sungguh aku malu kerana aku jatuh kerana manusia yang sememangnya akan datang dan pergi.. Aku berlari semula untuk mengejar syurgamu itu.. Tiada di hati selain namaMu Ya Allah.. Hanya Engkau Yang Maha Esa Yang Bertahkta dihatiku.. Peringatan buat teman, Janganlah bersedih tika kau keseorangan. Ingatlah Dia sentiasa ada disisimu Memerhatikan dirimu dan sujudlah padaNya. Tiada pujian yang lebih indah selain pujian daripadaNya kepada Malaikat yang berkata "Lihatlah mereka sujud padaku" AllahuAkbar.. Maafkan aku kerana terlampau leka dengan duri dunia... |